Ya Allah,
aku tersangat takut akan azab2 mu
namun tiadalah aku mampu
menghapuskan segala dosa2 ku
tanpa ampunan dari Mu
Andainya kaki yang berjalan
diri yang menapak langkah demi langkah
mencari cari pesona kehidupan
beribu kali telah aku tersalah
Hidup ku bukan untuk duniawi semata
ibadah ku bukan untuk disanjungi manusia
tapi mati ku mengingatkan aku akan azab neraka
Ya Allah,
ampunilah aku kerana dulu bukan keredhaan Mu yang ku cari
keredhaan manusia yang lebih ku hargai
kini telah aku sesali
namun ku harap sesal ku belum terlambat
berikanlah aku peluang untuk bertaubat
Ya Allah,
andainya diri ni tidak Kau terima
kepada siapa lagi harus aku meminta minta
kepada siapa harus aku mengadu domba
kepada siapa lagi ku tujukan doa
aku hanya hamba yang hina
tanpa Barakah mu
siapalah aku siapalah aku
hidup ini seakan tidak bermakna
Fitrah yang Kau hadiahkan
aku terima spenuhnya
namun ku berdoa semoga ia tidak menggoyahkan
nawaitu hari hari ku untuk memperkuat iman
kurniakanlah rasa itu
andainya ia adalah ketentuan dari Mu
sekiranya dia redha kepada Mu
lebih daripada dia redha kepadaku
maka bukakanlah jalan
permudahkanlah urusan
supaya aku juga redha dengannya dalam mencari keredhaan Mu
jika tidak,
Kau padamkanlah hiasan hiasan
yang dikaburi syaitan.
Ya Rabbal Alamin.